Permulaan Perniagaan Internet Ku

Nursalehin
Nasoha
Dua orang individu hebat di atas inilah yang membuka mata aku untuk bermula semula. Bermula untuk menceburkan diri di dalam perniagaan internet ini. Bagaimana aku bertemu mereka dan bagaimana aku bermula...?? Bacalah segalanya di dalam blog ini.

Sebenarnya semua ini bukanlah baru bagiku. Aku mula mengenali tentang perniagaan internet sejak aku mula berjinak-jinak dengan internet iaitu pada tahun 2007. Melalui banyak pembacaan online dan email-email spam yang masuk ke dalam inboxku, aku mula ketahui tentang adanya istilah perniagaan internet, pendapatan pasif, perniagaan dari rumah dan kebebasan kewangan. Daripada sedikit pengetahuan itu, aku mula mencari peluang untuk memperolehi pendapatan melalui perniagaan internet ataupun online business. 

Sejak tahun 2007 lagi aku telah mula mencari-cari peluang terbaik, yang berpatutan dan dalam lingkungan kemampuan aku. Ada juga antaranya yang telah aku cuba. Kemungkinan besar dalam RM500 telah aku laburkan dalam mencari ilmu dan peluang melakukan perniagaan sebegini. Tetapi sehingga ke hari ini belum ada yang aku betul-betul berjaya kuasai, memperolehi pendapatan seperti yang aku harapkan apatah lagi mahu menceburkan diri sepenuhnya ke dalamnya.

Tetapi sejak Jun 2009, aku telah tinggalkan dunia perniagaan internet ini dan aku juga telah berhenti dari mencari peluang-peluang lain. Mungkin berputus asa kerana aku belum menguasai sepenuhnya dan belum juga menampakkan hasil yang memuaskan hati. Tambahan pula, aku telah mula menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, oleh itu masa dan perhatianku banyak kuberikan pada kerjaya.

Namun, hari ini aku telah melakukan suatu perubahan. Sekali lagi aku mahu menjejakkan kaki ke alam dunia perniagaan internet ini dan aku merasakan aku memiliki semangat dan motivasi baru dalam memulakannya semula. Kali ini aku bertekad mahu mempelajari dan menguasai perniagaan ini sebaik mungkin; seterusnya berjaya mendapatkan keuntungan yang aku harapkan daripadanya. 

Semua ini bermula pada cuti Thaipusam baru-baru ini. Sepanjang hari itu, aku hanya duduk di rumah menghabiskan masa dengan menonton rancangan di tv. Namun, petang itu aku berasa bosan dan ingin keluar berjalan-jalan. Aku mengambil keputusan untuk ke Putrajaya yang jaraknya hanya lebih kurang 15 minit memandu dari rumahku. Dalam perjalanan, aku melencong sebentar ke Giant Hypermarket Seri Kembangan dan singgah di sebuah kedai buku di tingkat bawah. Aku merayau-rayau dan membelek-belek buku di kedai itu. Aku ingin mencari bahan bacaan dan aku tertarik pada beberapa majalah senibina. Tetapi aku tidak membelinya kerana kurasakan harganya agak mahal. Belek punya belek akhirnya aku terpegang sebuah majalah bertajuk Sukses berharga RM10. Aku rasakan ia berpatutan dengan ketebalannya dan aku fikir tidak ada salahnya membeli dan membaca majalah itu. Niatku hanyalah untuk mencari bahan bacaan maka akupun membeli dan teruskan berjalan-jalan di Hypermarket itu.

Majalah yang menemukan aku dengan VeMMA
Aku mengambil masa 2 hari membaca majalah itu dan aku mula tertarik kepada 2 artikel di dalamnya. Kedua-duanya adalah tentang kejayaan beberapa individu yang terlibat di dalam dua jenis perniagaan internet yang masing-masing berbeza. Aku mengambil keputusan untuk menyelidik dan melawat laman web kedua-duanya. Selama dua hari aku menyelidik tentang dua perniagaan itu. Aku mengkaji dan melihat keberkesanannya terhadap orang-orang yang telah mencubanya, membaca testimonial dan komen di forum-forum awam berkenaan dengan kedua-dua perniagaan itu. Aku akhirnya seperti diyakinkan oleh salah satu daripada perniagaan itu. Aku berfikir selama satu hari satu malam sama ada mahu melibatkan diri dalam perniagaan ini ataupun tidak.

Dan hari ini, 24 Januari 2011; aku telah membuat keputusan untuk menyertainya. Aku mengambil cuti dan tidak datang ke pejabat semata-mata mahu mendaftarkan diri secara online dalam perniagaan ini. Malahan aku melakukan Solat Hajat sebelum mendaftarkan diri, memohon agar aku tidak melakukan kesilapan dan semoga ini akan menjadi titik tolak agar aku dapat berubah, memperbaiki kehidupanku dan dimurahkan rezekiku. Aku juga memohon semoga aku dikurniakan kekuatan dan kesungguhan dalam menjalankan perniagaan ini. Perniagaan yang aku maksudkan ini adalah Vemmatrition Sdn. Bhd.

Sememangnya dalam aku mengkaji tentang perniagaan ini, aku melihat kejayaan-kejayaan orang lain lalu menyebabkan aku rasa cemburu dan ingin sekali mengikuti jejak langkah mereka. Bukan sedikit tetapi ramai yang telah berjaya kerana peniagaan ini. Daripada golongan pelajar, surirumah hinggalah ke golongon profesional; dari golongan remaja hinggalah ke golongan makcik-makcik yang mulanya buta internet; semuanya boleh berjaya dengan kesungguhan, kerajinan, ketekunan dan sedikit keberanian.


Maka kerana itu aku berfikir di dalam hati, kalau mereka yang tua, buta internet dan sibuk dengan kerjaya profesional masing-masing; tetap masih boleh berjaya. Takkan aku yang sempurna, masih muda dan mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan internet ini tidak boleh berjaya. Dari situlah aku kuatkan hati dan tekad untuk terus pandang ke depan, memcuba dan seterusnya mendaftar bagi memulakan perniagaan ini. Aku akan berusaha dan mencurahkan sepenuh tenaga dan daya aku agar aku berjaya dalam perniagaan ini. Ini tekadku untuk tahun 2011 ini.

Norsalehin dan Nasoha. Dua orang berprofile di dalam VeMMAlah yang telah mendorong aku untuk terus terjun ke dalam dunia perniagaan ini. Biarpun aku belum pernah berjumpa dengan mereka, tetapi melihat dan membaca kejayaan-kejayaan mereka serta bagaimana mereka bermula dari bawah telah memberikan aku motivasi dan semangat untuk turut sama mengejar kejayaan seperti mereka.

Untuk anda semua yang membaca blog ini, teruslah membaca dan mengikuti perkembanganku kerana aku berharap aku akan dapat meng'update' dan berkongsi semua yang aku tempuhi dalam perniagaan ini di dalam blog yang aku buat khas ini. Berjayakah aku atau gagalkah aku..?? Semuanya akan aku coretkan di dalam blog ini sejujurnya.

Tujuanku adalah untuk memotivasikan diriku sendiri dan terus memberikan diriku semangat untuk meneruskan perniagaan ini. Biarlah semua tahu. Dengan itu, aku akan berusaha lebih kuat agar dapat membuktikan kepada semua bahawa aku juga boleh berjaya. Berjaya atau gagal itu masih jauh. Tetapi aku yakin aku akan berjaya.

Kiranya anda semua ingin mengetahui tentang perniagaan yang aku mula ceburi ini, bolehlah melawat di http://www.vemmabuilder.com/886047005 . Tetapi anda terpaksa mendaftar secara free dahulu sebelum boleh melawat keseluruhan laman web perniagaan ini.

Dan kiranya anda ingin sama-sama turut mencuba bersamaku, bolehlah mendaftar secara percuma di http://www.vervesample.com/886047005

Dan juga kiranya anda ingin menghubungiku dan bertanyakan aku tentang perniagaan ini, tentang perkembanganku dalam menceburi bidang ini, atau tentang apa sekalipun, hubungiku di posurm@yahoo.com

No comments:

Post a Comment