Siti Husna: Menjana Pendapatan 4 Angka Ketika Masih Student di UTM

Alhamdulillah, dah 1 tahun 3 bulan saya terjebak dalam Bisnes VeMMA. 

“Bagaimana saya boleh terjebak dengan perniagaan internet ni..??”. Sejarah hitam manis ni bermula 8 bulan yang lalu. Selepas tamat Latihan Industri @ Latihan Praktikal di firma arkitek, saya rasa serik nak bekerja sebagai arkitek. Takde live, asyik overtime je..!! 

Nak dijadikan cerita, saya terjumpa dengan blog seorang Internet Marketer yang hebat iaitu blog upline hebat saya, Din Beramboi. 

Dalam tempoh 24 jam, saya terus upgred dek kerana terlalu rakus nak belajar Ilmu Perniagaan Internet dengan sifu ni. 

Begitulah al-kisahnya..

Mula-mula tu saya biasa-biasa saja. Income ciput je..!! Kadang-kadang ada income, kadang-kadang tak ada langsung. Tapi saya tetap bersabar dan bertahan kerana percaya bahawa VeMMA adalah satu perniagaan internet dan MLM yang lain dari lain. 

Dipendekkan cerita, saya mula jadi World Ranking Top Leader selepas seminggu upgred dan terus menjadi pelopor business VeMMA di Johor Bahru ketika itu. 

Pengorbanan paling besar dalam hidup saya bila saya buat keputusan yang besar untuk menetap di Kuala Lumpur untuk meneruskan perjuangan dalam VeMMA. Peristiwa ini berlaku selepas saya tamat belajar di UTM Skudai. Kerana keyakinan yang tak berbelah bahagi terhadap VeMMA, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia architecture dan berhijrah ke Kuala Lumpur. Masa tu income tak stable lagi. Rumah takde, kereta pun pinjam ayah jer. 

Bersama-sama insan yang bersama-sama pahit dan manis iaitu upline-upline saya, Din Beramboi dan Nasoha serta biz partner saya, Suhaiza; kami tour satu Semenanjung Malaysia demi membantu rangkaian kami. Dan genap 7 bulan saya bersama VeMMA, saya telah dianugerahkan oleh Allah swt, rezeki yang melimpah ruah dengan dikurniakan pangkat Diamond Leader. Alhamdulillah.


Perubahan demi perubahan berlaku dalam hidup saya daripada seorang student architecture yang menjalankan perniagaan VeMMA secara part time, hinggalah saya kini bergelar Usahawan VeMMA secara fulltime. Kini, boleh dikatakan hampir 100% sumber rezeki saya datangnya daripada perniagaan VeMMA. 

Nak berjaya mudah saja..YAKIN! Yakin pada diri sendiri adalah paling penting dan yakin peluang yang datang ini hanya sekali..!!




DAFTAR PERCUMA 3 BULAN PERCUBAAN

Norsalehin: Jutawan VeMMA Pertama di Asia

Petikan dipetik daripada Majalah Jutawan Edisi Jun 2010

Dari insan biasa dia membina impian untuk menjadi luar biasa dengan cara luar biasa. Norsalehin Ismail, 28' anak kelahiran negeri yang sinonom dengan kepupularan ‘anak mami', hari ini nyata telah hampir memenuhi impian luar biasanya. Tika pemuda lain masih tergapai-gapai mencari arah dan matlamat hidup, namun tidak bagi graduan lepasan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dalam bidang kejuruteraan awam ini.

Lima tahun bertugas mengikut bidang yang dipelajarinya di pusat pengajian tinggi, bagi Salehin kepuasan yang diingini belum dikecapi. Terutama impiannya untuk mengubah nasib dan taraf hidup keluarga mendesak. Sedangkan modal menjadi masalah utama terutama apabila dia bukannya dilahirkan atas dulang emas.

Terlibat dalam dunia perniagaan internat secara tidak langsung siapa sangka memberi sedikit ruang sebagai jalan pintas kepada anak muda ini memenuhi impiannya.


“Saya memperjudikan nasib untuk mencuba perniagaan ‘networking’ secara ‘online’. VeMMA telah diperkenalkan oleh teman sosial yang dikenali di laman maya, Matt Morrow dari California. Melihat kejayaan yang dikecapi oleh Royal Ambasadors ini yang memperoleh pendapatan lebih US100 ribu sebulan mengubah hati saya lantar terus membuat kajian mengenai produk yang ditawarkan, potensi dan peluang untuk mencapai kejayaan bersama perniagaan yang mana saya sendiri tidak kenali,” cerita Salehin mengimbau pertemuan awal bersama syarikat yang kini memberi banyak peluang yang tidak pernah dikecapinya sebelum ini.

Menurut Salehin, enam bulan pertama perniagaan yang dijalankan secara sambilan ketika itu memperoleh keuntungan sekitar RM500 hingga ke RM1000 sebulan. Melihat kepada peningkatan pendapatan pada perniagaan yang dibina, Salehin nekad melepaskan jawatan disandang untuk memberi perhatian kepada perniagaan online ini tanpa berpaling lagi.

“Perniagaan online VeMMA cukup mudah. Modalnya sekitar RM342 iaitu pembelian untuk set produk, mempunyai sebuah komputer atau komputer riba dan talian internet. Itu sahaja. Perniagaan ini boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa batasan. Namun harus diingat, perniagaa ini tidak terikat dengan majikan dan masa kerja 9 hingga 5; tetapi anda harus punyai komitmen dan disiplin yang tinggi agar usaha yang ada tidak kandas di pertengahan jalan,” ujar Salehin lagi.

Menurutnya lagi, rutin hariannya sama seperti mereka yang kerja bermajikan yang mana, awal pagi dia akan bersedia seolah-olah ingin ke pejabat. Selepas sarapan pagi, yang membezakannya ialah dia tidak perlu tertekan dengan kesesakan lalu lintas, tidak perlu mengeluarkan modal untuk petrol dan tol. Tetapi dia akan membuka computer ribanya, Menjawab semua email diterima dan membuat panggilan susulan dengan rakan niaga yang lain. Jika perlu dia kemudiannya akan berkunjung ke ibu pejabat di Petaling Jaya untuk berdiskusi dengan rakan niaga tersebut.

Nyata usaha Salehin tidak sia-sia kerana selepas tiga tahun produk berasaskan jus berkhasiat buah manggis ini bukan sekadar memberi pertambahan ketara dalam nilaian ringgit miliknya, juga seluruh kehidupannya sekeluarga. Namanya bukan sahaja berada di pangkat Elite Team dalam ‘VeMMA Group’ malah lebih membanggakan dirinya turut diiktiraf sebagai Jutawan Muda Melayu VeMMA pertama di Asia dengan puluhan ribu ahli yang berada di bawah naungannya.

“Keistimewaan VeMMA juga selain telah menembusi pasaran 56 Negara, malah syarikat yang diasaskan oleh BK Boreyko, pengasas VeMMA dari US ini juga tidak memerlukan modal besar untuk menyertainnya. Dan ia cukup jika sekadar mengguna sendiri atau bersama keluarga produk terbabit. Anda juga tidak perlu risau berkaitan sewa pejabat setiap bulan serta lain-lain keperluan kerana pejabat anda boleh dilakukan di mana-mana sahaja."

“Walaupun masih baru dalam industri ini, namun bersama syarikat ini saya mengenal dunia luar seperti mengunjungi tempat-tempat menarik di dalam dan luar Negara yang menjadi satu bonus kepada ahli yang mencapai target,” ujar Salehin lagi.

Bercerita tentang harapan terhadap perniagaan yang dijalankan olehnya, Salehin mensasarkan untuk lima tahun akan datang, agar dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang bebas kewangan dan kekangan masa. Bagi diri sendiri pula dia meletakkan target untuk tersenarai antar ‘Top 1’ kategori pendapatan tertinggi diterima; yang mana hari ini namanya tersenarai di tangga 25 daripada ‘Top 50’.

“Kepada anda di luar sana, tidak kira apa yang ingin anda lakukan, perniagaan jenis mana yang anda ingin laksanakan; paling penting anda punyai impian dan percaya kepada kebolehan diri sendiri. Believe to see not see to believe,” ujarnya mengakhiri temuramah.




DAFTAR PERCUMA UNTUK 3 BULAN PERCUBAAN

Nasoha: Dari Pelajar Universiti kepada Jutawan Internet


Nama saya adalah Mohd Nasoha dan kebanyakan orang memanggil saya dengan panggilan "Soha" atau "Nasoha". Saya berasal dari Klang, Selangor. Mungkin ada anda diluar sana belum mengenali siapa diri saya. Jadi, tidak salah untuk saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Tahun 2011 ini, usia saya baru mencecah 25 tahun. Saya memulakan perniagaan internet adalah pada tahun 2008 dan ketika itu masih seorang pelajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Disebabkan latar belakang keluarga kurang berada, saya berdikari untuk mendapatkan pendapatan sampingan untuk terus hidup di kota metropolitan. Dalam kesibukan dengan perniagaan sendiri, namun pelajaran tidak saya abaikan. Syukur kerana saya berjaya graduate pada tahun 2009 dalam jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik.


Selepas konvo, saya belum lagi pernah bekerja. Hanya menjadi penganggur sepenuh masa dan biarkan sistem internet saya menjana wang untuk saya. Ini adalah realiti kerana saya akan buktikan kepada anda. Dalam industri perniagaan pula terutamanya MLM, saya bermula sejak tahun 2004 lagi. Lebih dari 10 syarikat MLM yang telah saya sertai, ada yang berjaya dan ada juga yang gagal. TETAPI, saya belajar sesuatu yang amat berharga. Iaitu ilmu perniagaan.

Dalam perniagaan internet, telah banyak saya mengaut keuntungan besar sama ada dengan program affilate, pay-per-click seperti Google Adwords & Bidvertiser, malah juga dalam perniagaan MLM. Pada saya, perkara yang sangat menyeronokkan adalah dengan internet kita boleh mencipta para pekerja kita dan merekalah yang bekerja mencari duit untuk kita. Mereka bekerja 24 jam sehari tanpa ada cuti, dan gaji mereka yang kita perlu bayar dalam anggaran tak sampai pun RM100. Tetapi, mereka (sistem) yang membuat duit untuk saya sehingga 5 angka sebulan.

Inilah sistem yang hebat pernah saya jumpa di internet. Saya di VeMMA adalah bermula dengan zero modal. Maklumlah, ketika saya sedang mencari bahan di internet untuk siapkan assignment dan terjumpa iklan bisnes VeMMA. Saya mencuba dan fahamkan betul-betul. Namun, hanya selepas 2 bulan barulah saya tahu konsep sebenar perniagaan VeMMA ini.

Kini, saya adalah usahawan VeMMA sepenuh masa . Hanya dengan internet dan ditambahkan pula dengan kuasa pemasaran vemmabuilder, ini telah terbukti untuk saya tidak bekerja selepas tamat belajar . Seawal usia 23 tahun, ketika rakan-rakan saya yang lain sibuk mencari pekerjaan, saya sudah pun mempunyai satu platform yang sempurna dalam menjana pendapatan. Ini semua adalah kerana saya mengambil tindakan bijak tepat pada waktunya untuk memilih perniagaan yang sesuai dengan diri saya. Apatah lagi, sistem VeMMA dan vemmabuilder paling banyak membantu saya untuk berjaya.

Segalanya perlu bermula. Jika tidak bermula, kita takkan ke mana. Teringat dahulu kala ketika mahu memulakan perniagaan VeMMA ini. Dengan masa yang kurang mengizinkan serta ketiadaan modal, saya tetap memulakan dan meneruskan perniagaan VeMMA ini dan tercari-cari satu sistem atau formula lengkap untuk berjaya. Alhamdulillah, hampir setiap hari saya menemui ilmu baru dan teknik baru di internet.


Semua ini adalah kerana usaha. Dalam 4 bulan sahaja saya telah mencapai Diamond Leader dan 4 bulan selepas itu, saya mengecapi Platinum Leader yang termuda di Asia. Alhamdulillah, sejak bulan ke-5 di VeMMA, saya telah merasa pendapatan 5 angka dan terus-menerus setiap bulan sehingga kini. Apa yang seronoknya, pencapaian saya dalam perniagaan ini akan saya simpan sebagai sumber inspirasi kepada usahawan VeMMA yang lain. 6 bulan selepas itu, saya terus membuktikan dengan bantuan sistem hebat dari vemmabuilder, saya mengorak langkah lagi, kali ini menerima Award Star Platinum di Asia serta menduduki carta Top 10 Leaders di Asia. Dan secara rasminya saya bergelar VIP dalam VeMMA Malaysia.



Dalam masa 1 tahun bersama VeMMA, telah banyak mengubah nasib hidup saya. Siapa sangka rangkaian saya merebak ke seluruh dunia. Tak terlintas dek akal saya, hanya duduk dirumah depan laptop saja saya menerima customer dari Singapura, Indonesia, Brunei, Taiwan, Japan, Australia, United Kingdom dan paling tak sangka ada dari USA. Kejayaan saya bukan setakat di arena tempatan, malah juga diiktiraf di peringkat Antarabangsa. Siap masuk dalam carta World Top Leader Success Story.

Aku Tidak Ada Bukti, Tetapi Ramai Yang Ada

Sememangnya aku tidak ada bukti untuk ditunjukkan kepada sesiapapun tentang keboleh-jayaan perniagaan ini kerana aku sendiri masih baru. Ya, aku masih baru..!! Aku tidak malu untuk mengaku yang aku masih baru dan aku belum menempa apa-apa kejayaan untuk dijadikan bukti bagi mendorong dan mempengaruhi anda-anda semua untuk melibatkan diri dalam perniagaan ini. 

Tetapi dengan keyakinan aku terhadap peluang dan prospek perniagaan ini, aku ingin mengajak ada semua yang membaca blog ini untuk sama-sama mencuba dan melibatkan diri dalam perniagaan ini kerana bukti-bukti sebenar kita boleh lihat dan perolehi melalui orang-orang yang telah lama menyertainya. Semakin kita lambat dan menangguhkan penglibatan kita, semakin lambatlah kita mendapat hasilnya. Itulah yang aku percaya dan kerana itu aku dengan seboleh-bolehnya ingin anda semua segera menyertainya.

Utusan Malaysia, 28 Ogos 2010
Aku pada mulanya juga ragu-ragu dan takut untuk menyertai perniagaan ini. Aku hanya menjadi yakin apabila aku mula meneliti dan melakukan kajian terhadapnya. Melalui kajianku, aku dapati VeMMA sebenarnya telah banyak kali disiarkan di majalah-majalah dan akhbar-akhbar tempatan di negara kita. Kerana itu, aku berpendapat, perniagaan ini adalah suatu yang serius dan diikhtiraf kerajaan dan undang-undang Malaysia. Maksud aku, perniagaan ini bukanlah suatu penipuan. Setelah itu, kajian aku membawa kepada pembacaan testimoni-testimoni mereka-mereka yang berjaya dalam perniagaan VeMMA. Aku bukan sahaja bertambah yakin dengan perniagaan ini, malah keinginan dan semangat aku membara untuk turut serta dan seterusnya mengecapi kejayaan seperti mereka semua.


Semestinya bukti-bukti berbentu fizikal kebendaan, harta dan kemewahan serta kesenangan hiduplah yang paling mudah untuk kita percayai. Dan oleh kerana aku belum memiliki semua itu kerana aku juga baru sahaja bermula; maka dari masa ke semasa aku akan updatekan di blog ini tentang individu-individu yang telah berjaya di dalam perniagaan VeMMA ini. Semoga semua ini adalah untuk memotivasikan lagi diri aku dan menjadi pendorong agar aku terus berusaha keras mencapai impian dan matlamat yang aku tetapkan.

Harapan aku agar, anda-anda yang membaca blog ini akan turut sama terdorong dan mendapat semangat untuk turut menyertai dan melibatkan diri dalam perniagaan ini.

Bagi aku; perniagaan internet seperti VeMMA ini, kata kuncinya untuk berjaya adalah, kita hanya perlu berani mencuba.




DAFTAR PERCUMA UNTUK 3 BULAN PERCUBAAN

Permulaan Perniagaan Internet Ku

Nursalehin
Nasoha
Dua orang individu hebat di atas inilah yang membuka mata aku untuk bermula semula. Bermula untuk menceburkan diri di dalam perniagaan internet ini. Bagaimana aku bertemu mereka dan bagaimana aku bermula...?? Bacalah segalanya di dalam blog ini.

Sebenarnya semua ini bukanlah baru bagiku. Aku mula mengenali tentang perniagaan internet sejak aku mula berjinak-jinak dengan internet iaitu pada tahun 2007. Melalui banyak pembacaan online dan email-email spam yang masuk ke dalam inboxku, aku mula ketahui tentang adanya istilah perniagaan internet, pendapatan pasif, perniagaan dari rumah dan kebebasan kewangan. Daripada sedikit pengetahuan itu, aku mula mencari peluang untuk memperolehi pendapatan melalui perniagaan internet ataupun online business. 

Sejak tahun 2007 lagi aku telah mula mencari-cari peluang terbaik, yang berpatutan dan dalam lingkungan kemampuan aku. Ada juga antaranya yang telah aku cuba. Kemungkinan besar dalam RM500 telah aku laburkan dalam mencari ilmu dan peluang melakukan perniagaan sebegini. Tetapi sehingga ke hari ini belum ada yang aku betul-betul berjaya kuasai, memperolehi pendapatan seperti yang aku harapkan apatah lagi mahu menceburkan diri sepenuhnya ke dalamnya.

Tetapi sejak Jun 2009, aku telah tinggalkan dunia perniagaan internet ini dan aku juga telah berhenti dari mencari peluang-peluang lain. Mungkin berputus asa kerana aku belum menguasai sepenuhnya dan belum juga menampakkan hasil yang memuaskan hati. Tambahan pula, aku telah mula menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, oleh itu masa dan perhatianku banyak kuberikan pada kerjaya.

Namun, hari ini aku telah melakukan suatu perubahan. Sekali lagi aku mahu menjejakkan kaki ke alam dunia perniagaan internet ini dan aku merasakan aku memiliki semangat dan motivasi baru dalam memulakannya semula. Kali ini aku bertekad mahu mempelajari dan menguasai perniagaan ini sebaik mungkin; seterusnya berjaya mendapatkan keuntungan yang aku harapkan daripadanya. 

Semua ini bermula pada cuti Thaipusam baru-baru ini. Sepanjang hari itu, aku hanya duduk di rumah menghabiskan masa dengan menonton rancangan di tv. Namun, petang itu aku berasa bosan dan ingin keluar berjalan-jalan. Aku mengambil keputusan untuk ke Putrajaya yang jaraknya hanya lebih kurang 15 minit memandu dari rumahku. Dalam perjalanan, aku melencong sebentar ke Giant Hypermarket Seri Kembangan dan singgah di sebuah kedai buku di tingkat bawah. Aku merayau-rayau dan membelek-belek buku di kedai itu. Aku ingin mencari bahan bacaan dan aku tertarik pada beberapa majalah senibina. Tetapi aku tidak membelinya kerana kurasakan harganya agak mahal. Belek punya belek akhirnya aku terpegang sebuah majalah bertajuk Sukses berharga RM10. Aku rasakan ia berpatutan dengan ketebalannya dan aku fikir tidak ada salahnya membeli dan membaca majalah itu. Niatku hanyalah untuk mencari bahan bacaan maka akupun membeli dan teruskan berjalan-jalan di Hypermarket itu.

Majalah yang menemukan aku dengan VeMMA
Aku mengambil masa 2 hari membaca majalah itu dan aku mula tertarik kepada 2 artikel di dalamnya. Kedua-duanya adalah tentang kejayaan beberapa individu yang terlibat di dalam dua jenis perniagaan internet yang masing-masing berbeza. Aku mengambil keputusan untuk menyelidik dan melawat laman web kedua-duanya. Selama dua hari aku menyelidik tentang dua perniagaan itu. Aku mengkaji dan melihat keberkesanannya terhadap orang-orang yang telah mencubanya, membaca testimonial dan komen di forum-forum awam berkenaan dengan kedua-dua perniagaan itu. Aku akhirnya seperti diyakinkan oleh salah satu daripada perniagaan itu. Aku berfikir selama satu hari satu malam sama ada mahu melibatkan diri dalam perniagaan ini ataupun tidak.

Dan hari ini, 24 Januari 2011; aku telah membuat keputusan untuk menyertainya. Aku mengambil cuti dan tidak datang ke pejabat semata-mata mahu mendaftarkan diri secara online dalam perniagaan ini. Malahan aku melakukan Solat Hajat sebelum mendaftarkan diri, memohon agar aku tidak melakukan kesilapan dan semoga ini akan menjadi titik tolak agar aku dapat berubah, memperbaiki kehidupanku dan dimurahkan rezekiku. Aku juga memohon semoga aku dikurniakan kekuatan dan kesungguhan dalam menjalankan perniagaan ini. Perniagaan yang aku maksudkan ini adalah Vemmatrition Sdn. Bhd.

Sememangnya dalam aku mengkaji tentang perniagaan ini, aku melihat kejayaan-kejayaan orang lain lalu menyebabkan aku rasa cemburu dan ingin sekali mengikuti jejak langkah mereka. Bukan sedikit tetapi ramai yang telah berjaya kerana peniagaan ini. Daripada golongan pelajar, surirumah hinggalah ke golongon profesional; dari golongan remaja hinggalah ke golongan makcik-makcik yang mulanya buta internet; semuanya boleh berjaya dengan kesungguhan, kerajinan, ketekunan dan sedikit keberanian.


Maka kerana itu aku berfikir di dalam hati, kalau mereka yang tua, buta internet dan sibuk dengan kerjaya profesional masing-masing; tetap masih boleh berjaya. Takkan aku yang sempurna, masih muda dan mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan internet ini tidak boleh berjaya. Dari situlah aku kuatkan hati dan tekad untuk terus pandang ke depan, memcuba dan seterusnya mendaftar bagi memulakan perniagaan ini. Aku akan berusaha dan mencurahkan sepenuh tenaga dan daya aku agar aku berjaya dalam perniagaan ini. Ini tekadku untuk tahun 2011 ini.

Norsalehin dan Nasoha. Dua orang berprofile di dalam VeMMAlah yang telah mendorong aku untuk terus terjun ke dalam dunia perniagaan ini. Biarpun aku belum pernah berjumpa dengan mereka, tetapi melihat dan membaca kejayaan-kejayaan mereka serta bagaimana mereka bermula dari bawah telah memberikan aku motivasi dan semangat untuk turut sama mengejar kejayaan seperti mereka.

Untuk anda semua yang membaca blog ini, teruslah membaca dan mengikuti perkembanganku kerana aku berharap aku akan dapat meng'update' dan berkongsi semua yang aku tempuhi dalam perniagaan ini di dalam blog yang aku buat khas ini. Berjayakah aku atau gagalkah aku..?? Semuanya akan aku coretkan di dalam blog ini sejujurnya.

Tujuanku adalah untuk memotivasikan diriku sendiri dan terus memberikan diriku semangat untuk meneruskan perniagaan ini. Biarlah semua tahu. Dengan itu, aku akan berusaha lebih kuat agar dapat membuktikan kepada semua bahawa aku juga boleh berjaya. Berjaya atau gagal itu masih jauh. Tetapi aku yakin aku akan berjaya.

Kiranya anda semua ingin mengetahui tentang perniagaan yang aku mula ceburi ini, bolehlah melawat di http://www.vemmabuilder.com/886047005 . Tetapi anda terpaksa mendaftar secara free dahulu sebelum boleh melawat keseluruhan laman web perniagaan ini.

Dan kiranya anda ingin sama-sama turut mencuba bersamaku, bolehlah mendaftar secara percuma di http://www.vervesample.com/886047005

Dan juga kiranya anda ingin menghubungiku dan bertanyakan aku tentang perniagaan ini, tentang perkembanganku dalam menceburi bidang ini, atau tentang apa sekalipun, hubungiku di posurm@yahoo.com